Monday 23 May 2011

Cara menyingkirkan toksin..Toksin!! nyah kamu dari sini..

Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.



SAYA mengamalkan julap untuk melawaskan pembuangan air besar sebagai cara
untuk membuang toksik badan. Namun masalah sembelit akan kembali apabila saya berhenti mengambilnya. Adakah alternatif yang sesuai untuk saya menyingkirkan toksik?
Jawapan:
Menyingkirkan toksik atau detoksifikasi merupakan proses penyingkiran atau meneutralkan toksin dalam tubuh. Ia bertujuan membuang toksin berbahaya dan membolehkan tubuh sembuh dengan sendiri serta memulihkan kesihatan.
Sistem perkumuhan yang lancar adalah salah satu cara menyingkirkan toksik daripada sisa kumuh dalam badan. Amalan pemakanan yang sihat juga membolehkan pergerakan usus yang normal. Mengambil makanan berkarbohidrat tinggi, pengambilan air dan serat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sembelit. Oleh yang demikian, ubahlah cara pemakanan dengan meningkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan segar serta minum air yang mencukupi.
Pelawas boleh diambil apabila keadaan memerlukan. Pengambilan jangka panjang akan menjadikan tubuh lebih bergantung kepada bahan tersebut.
Amalan suplemen probiotik lebih sesuai memandangkan ia dikaji secara klinikal membantu kesihatan usus termasuk sembelit.
Hati juga merupakan organ penyahtoksik penting yang tidak harus diabaikan. Hati menerima dan menapis darah, melebihi seliter darah setiap minit bagi menyingkirkan bakteria, bahan toksik dan benda asing lain dalam peredaran darah.
sumber: Utusan Malaysia 31Jan 2010
Probiotik Plus Usana
Dengan kandungan bakteria baik yang membantu membersihkan usus dan menjaga amat sesuai untuk menyingkirkan toksin dan bahan buangan yang lama termendap di dalam usus, sayangi perut anda setiap hari, perlu ambil satu sachet sahaja untuk 2hari, juga sesuai di ambil oleh penghidap gastrik, pedih ulu hati, dan yang mengalami masalah usus.

No comments:

Post a Comment