Tuesday 31 May 2011

ni adalah testimoni yg berjya turunkan berat badan..


 







boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut....

testimoni pengguna..

testimoni 1:


Hari ni ada sorang customer bagi feed back. Dia penah amik jusmate5 dan sekarang nutrimeal.                  Jusmate5 tidak sekenyang nutrimeal. Nutrimeal dgn glisemik rendah, mampu tahan lapar lebih lama. Bila    cuba nak makan makanan lain lebih2 rasa nak termuntah. Berat dia rahsiakan dulu ... hingga nutrimeal nya habis. Just makan sekali sehari nutrimeal dh ada yg tegur susut.

So nutrimeal merupakan pilihan terbaik untuk pelangsingan badan. Anda mendapat 2x ganda   pulangan. Bukan setakat turun berat badan malah Essential dan Proflavanol merupakan pilihan terbaik untuk imbangi kesihatan. Joooommm cuba sekarang dgn packaging mampu milik rm170 utk 5 hari 5kg penurunan


Testimoni 2:

Testimoni
saya guna usana nutrimeal.. turun 2 kg,dlm masa 5 hari.. kawan saya 5hari, 4 kg.. alhamdulillah selepas tu , selera makan pun ok-ok. tak makan melampau.. nafsu tu berpada2.. dan lepas2 tu, turun lagi berat badan sikit2. sbb dah suka makan makanan berkhasiat. muak nak makan nasik bebanyak.. minyak2



Testimoni 3:

Alhamdulillah dpt turun 5kg dlm masa 5 hr ngan reset ni. If kuat disiplin lg banyak turun. Ada kawan turun 7kg dlm masa 9 hr.... 

Testimoni 4:

Salam........ ada sesiapa yang berhajat nak menguruskan berat badan menggunakan produk USANA ??..bleh tanya saya.....mmg berkesan...turun 3 kg dalam seminggu..sebelum nie berat saya 82kg...iaitu 2 minggu lepas..sekarang dah 75kg....insyaallah target turun sampai 72kg...

Testimoni 5:

hai everyone.. this is my 7th days on USANA.. maknanya im on 2nd phase.. yg 1st phase yg 5 hari tanpa nasi tu..

Smlm try na mkn nasi..( dah hari ke 6 kan, boleh ler..) punyalah mengidam na nasi, skali makan 4-5 suap dah se'eh! (kenyang sangat). Cam tak pecaya jer.. yelah, dulu mkn msti nak bertmbah. pastu yg Pill essential tu, mmg kuar angin jer.. atas bawah tak kira. Pastu, kan i ni jenis takleh mmbuang tiap ari.. 4-5 hari baru gi, itupun paksakan diri (masuk ubat enema). Masa amik USANA, dlm 5 hari tu, dah 2 kali membuang.. lembut dan banyak.. eiii..
Lagi satu, i skang be careful dgn kalori.. betullah kata my upline, kita akan tgk apa kita mkn.. contohnya, nak mkn Twisties pun i tgk kalori dia berapa.. tak jadi mkn. yg pek kecik 30sen tu pun 150kalori! dahla tak kenyang.. nak mkn Chipmores pun tak jadi.. last2 amik buah dan minum air jer.. so secara tak langsung, lama2 ble kuruslah dgn cara sehat.. I target dpt turun 15 kilo dalam 2 bulan.. uh uhhh.. bestnya



Testimoni 6:

lagi satu ttg reduce weight guna Nutrimeal, hard to believe tapi tu la realitinya. dalam seminggu leh turun 3-4kg tanpa berak2 hohoho.. perut tak rasa lapar nasi, siap tak letih lagi. tak perlu tunggu sebulan nak turun 2-3kg, lambt tu huhuhu.. fast result and save.. 

Testimoni 7:

mula-mula bli mmg telan air liur gak, sbb blum tau keberkesanannya kan.. nak dekat seribu jugak! pejam mata jelah swipe.. tp setelah penggunaan sebulan, puas hati jugaklah walau mahal. masalah pembuangan yg selalu keras dan berdarah sudah tiada, nafsu makan yg membuak2 pun dah cool skang, pendek kata mkn sket dah kenyang. Set essential dia bagus untuk antioxida aka protection awet muda dan body cells. Aku ada tengok Oprah smlm tentang antioxidants, baru paham the functions of the USANA Essentials ni. Memang berbaloi!


testimoni 8:
Customer 1
Alhamdulillah berjaya turun 5kg++ lagi hehe. Reset 5 hari USANA jadi 10 hari hehe coz amik masa buka pose jer. Dah penah cuba jusmate5 tak kenyang. Nutrimeal memang kenyang sangat. Nak makan makanan lain, tak lalu masuk, rasa nak termuntah. Pendek kata nutrimeal bukan saje sedap rasanya, payah nk cari produk kurus yang sedap, tapi kesan memang power. Tak payah pening2 kepala nk tahan lapar and disiplin teruk2 coz masuk je nutrimeal otomatik jd disiplin hehe

Customer 2
Akak baru makan nutrimeal sahur td tak tahan sgt dah nk cuba hehe. Igt nak cuba isnin depan, cukup2 persediaan sebelum pakai baju raya. Mak ai ida, kenyang teramat sangat. Suami ajak makan, tak lalu. Takde selera dengan perut yang teramat kenyang. Akak kan minum 1 liter air masa sahur. Adui gi keje cam balik kg lak. Diam2 benti kencing hehe. Akak memang kuat kencing pun sebelum ni. Dh minum 1 liter air ni lagi la. Hehe doktor kata elok cuci buanh pinggang. Harapnya berjaya la turunkan berat

Customer 3.
Memang sedap nutrimeal ni. Baru 2 hr makan. Kenyang tak payah citer la memang kenyang. Satu je kita lemah Hehe kita memang jenis tak suka makan ubat, tak reti telan hahaha. Mak ai pil dia besar2. Telan juga la nk kurus punya pasal. Kita amik Poly C sekali. Jerawat makin teruk naik kat muka ni pasal resdung. Dah telan poly C ni alhamdulillah stop dah naiknya. Harapnya licin la muka pasni hehe

Ada 4 lagi customer belum citer lagi kesan masing2. Semuanya baru start hr ni. Tggu abis reset baru nak share. Hehe TUNGGGUUUUUUUU



DAN BYK LGI TESTIMONI YG TELAH BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN MEREKA!

TURUNKAN BERAT BADAN 5KG DALAM MASA 5 HARI DGN PROGRAM DIET USANA..




Progrm diet USANA mampu menurunkn 5 kg dalam masa 5 hari...caranya dengan mengambil NUTRIMEAL + ESSENTIALS + PROFLAVANOL...

Kini .. dalam bentuk package percubaan untuk 5 hari ini....dengan hanya RM170.00 dimana anda perlukan 1 tin susu nutrimeal, 15 biji AO Pro 15 biji Chelated Mineral (ESSENTIALS) dan 10 biji proflavanol..
Essentials dan proflvanol ini penting sebagai backup kepada sel badan semasa program diet supaya ia kekal sehat kerana ketika diet kita terpaksa mengurangkan pengambilan makanan...


NUTRIMEAL USANA ADA DALAM 2 PERISA COKLAT DAN VANILA


FUNGSI ESSENTIALS: 

AO PRO
Menurunkan BERAT BADAN.
Meningkatkan keimunan badan manusia.
Membaiki sel-sel manusia yang telah rosak akibat radikal bebas (asap rokok, pencemaran udara & lain-lain).
Menurunkan paras KOLESTROL badan.
Seimbangkan tekanan darah dalam badanMengawal kandugan gula dalam badan.
Mengurangkan risiko SERANGAN JANTUNG,STROK dan KANSER.
Mengurangkan risiko ASMA.Membuang TOKSIK dalam badan..
FUNGSI PROFLAVANOL:
Menyembuhkan masalah rambut gugur.
Pemangkin kepada essential.Untuk memperbaiki sel .
Meneutralkan radikal bebas.Meningkatkan daya ingatan.
Memutihkan kulit.
AWET MUDA dan membantu masalah kulit (JERAGAT)
Menyembuhkan masalah DARAH TINGGI dan KENCING MANIS

Uniknya nutrimeal usana adalah ia mempunyai nilai glysemic yg sangat rendah iaitu 23..ini bermakna ia tahan lebih lama di dalam badan untuk mengelakkan rasa lapar..

Pengambilan reset 5 hari :1 hari 3x minum nutrimeal...setiap kali minum ambil AO PRO sebiji Chelated Mineral sebiji...klau nak boleh juga ambil proflavanol sebiji (tapi cuma 2x sehari)..pantangnya dalam 5 hari jgn ambil nasi langsung kerana nasi high karbohidrat...pengambilan air bergula (manis2) dikurangkan sama sekali sebab ketika ni badan anda akan di ‘reset’ semula...

Monday 23 May 2011

produk kecantikan..di jamin selamat...

Skin is the body's largest organ and it can absorb healthy and unhealthy substances that are applied to it. Sensé™ products focus primarily on the cellular health of the skin and use the newest technologies available to create products that are effective.
                                     ( klip pada gamba untuk lebih jelas )
Tambah kapsyen








Essentials & Optimizers








USANA understands that each of us has a unique health profile and thus unique nutritional needs. For this reason, we have created the USANA Optimizers, an extensive selection of state-of-the-art nutritional products that enable you to customise our nutritional program to meet your individual needs.

First, take your Essentials every day.

Next, choose the Optimizers that suit your individual needs.

senaman untuk kempiskan perut..

A.       Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.



Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.



Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.




B. Side Chop


1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1



Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.



Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.

B.       C. Back Extension

1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.

Senaman back extension - health.msn.com

4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.

Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.

D. Upper Body Crunch

1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.

Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut dapat merealisasikan impian anda untuk kempiskan perut buncit.

Selamat Mencuba!

amalan untuk kurus..

Berat badan..salah satu punca menyebabkan masalah kesihatan dan juga penampilan tak menarik..sekaligus kata boleh mengalami kemurungan dissebabkan ini
10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian menurunkan berat badan tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Penggunaan produk Usana..nak tahu lagi lanjut..hubungi sya..5kg dalam masa seminggu tau..

Kencing Manis – Ketahui fakta tentang penyakit kencing manis yang boleh meragut kebahagian anda!


Rakyat Malaysia terancam!
Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.
Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetesadalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.
Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?
Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.
Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.
Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:

Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan
Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.
Jenis-Jenis Diabetes
Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:
-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.
Diabetes jenis 1 dan 2 dapat dibezakan seperti berikut:

Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulinKebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)
-    Kencing manis sewaktu hamil:
Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ianya berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Risiko kencing manis semasa mengandung adalah 2-3% daripada semua kehamilan. Antara tanda-tanda kencing manis ketika mengandung adalah menghadapi masalah kelesuan, merasa teramat dahaga dan kerap buang air kecil.
Semasa wanita hamil, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.
Tanda-tanda penyakit kencing manis
Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis
Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis  yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. DEngan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.
Apakah risiko atau faktor kencing manis?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:
1.    Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.
2.    Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.
3.    Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.
4.    Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.
5.    Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6.    Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.
Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1.    Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.
Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:
-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.
Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2.    Senaman secara sederhana setiap hari
Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3.    Ubatan dan Insulin
Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit